Babak Pengenalan Plot_Naruto_I

Babak Pengenalan adalah sebahagian babak dalam Plot I siri Naruto. Ia merangkumi bab 1 hingga 8 dalam siri manga dan episod 1 hingga 5 dalam siri anime. Watak utama siri ini diperkenalkan ketika babak ini bermula.

Ringkasan babak

Di Akademi Ninja, reputasi Naruto sebagai kanak-kanak nakal dan penggemar ramen menjadi tumpuan para guru dan pelatih-pelatih di akademi Ninja. Hanya dua ninja sahaja iaitu Iruka dan Hokage Ketiga yang memberikan reaksi positif kepada Naruto. Naruto pernah gagal menamatkan latihan di akademi sebanyak dua kali kerana dia gagal melakukan Teknik Klon dengan sempurna.

Seorang lagi pengajar di akademi; Mizuki, telah memperdayakan Naruto untuk mencuri "Skrol Rahsia", suatu skrol tersimpan di bilik Hokage yang penuh dengan jutsu-jutsu larangan dengan menyatakan kepada Naruto bahawa dia mampu lulus di dalam ujian dengan mudah sekiranya mempelajari teknik yang terdapat di dalam skrol tersebut. Hokage Ketiga kemudiannya sedar akan kehilangan skrol tersebut dan telah mengarahkan ramai ninja-ninja Konoha untuk mencarinya. Ketika pasukan pencari berkejar mencari Naruto, Iruka turut keluar bersendirian dan merupakan orang pertama yang berjaya bertemu dengan Naruto.

Naruto telah berlatih di dalam hutan sepanjang masa skrol tersebut berada di tangannya. Tanpa mengetahui apa yang dilakukannya, dia mengulangi semula kata-kata yang disampaikan oleh Mizuki kepada Iruka. Iruka menyedari apa yang dimahukan oleh Mizuki setelah dia dengan tiba-tiba telah memunculkan dirinya dan menyerang mereka berdua. Mizuki kemudiannya cuba membunuh Naruto dengan menggunakan shuriken terbang besar namun telah ditahan oleh Iruka dengan tubuhnya sendiri, menyelamatkan nyawa Naruto. Mizuki kemudiannya cuba memujuk Naruto agar menyerahkan skrol tersebut kepadanya sedangkan Iruka melarangnya berbuat sedemikian. Perbalahan mereka membuatkan Mizuki memberitahu Naruto bahawa dia sebenarnya adalah bekas kepada Musang Syaitan Berekor Sembilan yang telah memusnahkan Konoha dan membunuh ibubapa Iruka pada dua belas tahun yang lalu.

Mengetahui kenyataan itu, Naruto melarikan diri bersama skrol tersebut dan meninggalkan Iruka bersama Mizuki bertarung sesama sendiri. Naruto kemudiannya mengintai mereka dari jarak jauh dan mendapati kebenaran sebenar yang dimahukan oleh Mizuki dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh Iruka kepadanya. Sejurus sebelum Mizuki berjaya membunuh Iruka, Naruto memunculkan diri dan menyerang Mizuki menggunakan teknik yang baru dipelajarinya iaitu Teknik Klon Bayangan Berganda. Kagum dengan kebolehan Naruto mempelajari suatu teknik yang sukar dalam masa yang singkat, Iruka membenarkan Naruto menamatkan latihan di akademi dan menjadi ninja Genin; secara tidak langsung memenuhi "janji kosong" yang diberikan oleh Mizuki kepada Naruto.

Latihan Genin

Untuk mendapatkan pengesahan secara rasmi menjadi ninja berpangkat Genin, pelatih akademi dikehendaki menjalani ujian penilaian di medan pertarungan oleh ninja Jōnin berpangkat tinggi yang kemudiannya akan menjadi ketua pasukan sekiranya mereka lulus. Pelatih diagihkan ke sebuah kumpulan kecil terdiri daripada tiga ninja Genin dan seorang guru dari ninja Jōnin.

Pasukan dipilih berdasarkan keseimbangan di antara skil dan keupayaan. Sebagai contoh, Naruto Uzumaki yang merupakan pelatih paling teruk di akademi telah disatukan dengan Sakura Haruno dan Sasuke Uchiha di dalam Pasukan 7. Sasuke merupakan pelatih yang lulus dari akademi dengan status pelatih paling cemerlang secara keseluruhan manakala Sakura pula pelatih yang lulus dalam kuiz dan ujian bertulis dengan paling cemerlang. Pada mulanya, keserasian mereka adalah sangat teruk: Naruto sangat meminati Sakura dan membenci Sasuke; Sakura pula meminati Sasuke tetapi membenci Naruto; manakala Sasuke pula membenci mereka berdua. Akan tetapi, nasib mereka begitu malang kerana guru Jōnin mereka iaitu Hatake Kakashi merupakan seorang ninja yang mementing semangat berpasukan mengatasi segala-galanya.

Ujian medan pertarungan oleh Kakashi merupakan yang paling tegas di antara ujian yang ada. Namun begitu, ujian tersebut sangatlah mudah namun sukar dilaksanakan; pada hakikatnya tidak ada kumpulan pun yang pernah lulus sejak dia menjadi Jōnin. Apa yang perlu dilakukan oleh ninja-ninja Genin tersebut adalah untuk merampas loceng kecil yang dipegang oleh Kakashi menggunakan apa cara sekali pun sebelum waktu tengahari. Selain daripada fakta tiga ninja Genin bertarung dengan ninja Jōnin (mudah bagi Jōnin menewaskan Genin), Kakashi hanya memiliki dua loceng sahaja di tangannya, ini bermakna seorang akan gagal dalam ujian tersebut. Selain itu, mereka juga telah terpedaya oleh nasihat Kakashi agar mereka dilarang mengambil sarapan pagi sebelum ujian bermula. Barang sesiapa yang dapat merampas loceng akan dibenarkan makan ketika rehat tengahari, manakala yang gagal akan dipaksa memerhatikan ninja yang berdua menikmati makanan. Tujuan utama ujian tersebut bukanlah untuk menguji kemampuan mereka, tetapi semata-mata mahu menguji kerjasama mereka.

Persembahan Pasukan 7 ketika ujian adalah sangat teruk. Naruto terpedaya oleh semua perangkap yang disediakan oleh Kakashi. Sakura pula tidak mahu menolong Naruto kerana dia lebih berminat untuk mengetahui keselamatan Sasuke sehinggakan dia diperdaya oleh Kakashi dengan teknik genjutsu Teknik Ilusi: Ilusi Neraka. Sasuke pula tidak berminat untuk membantu sama ada Naruto mahu pun Sasuke, malahan melakukan serangan secara bersendirian dan beranggapan bahawa mereka berdua hanya akan melambatkan tindakannya. Pada akhirnya, mereka bertiga gagal mendapatkan loceng tersebut.

Selepas kegagalan mereka, Kakashi telah mengkritik mereka bertiga kerana tidak mempunyai kerjasama. Kakashi turut menerangkan kepada mereka tujuan sebenar ujian tersebut dan membenarkan mereka makan sebelum memulakan ujian buat kali kedua. Naruto yang tertangkap ketika cuba mencuri makan makanan yang disediakan oleh Kakashi telah didenda dan diikat pada sebatang tiang kayu. Setelah pemergian Kakashi, Sasuke dan Sakura menyedari bahawa mereka memerlukan Naruto berada dalam keadaan terbaik untuk membolehkan mereka merampas loceng tersebut dan bercadang memberikan sedikit makanan mereka kepada Naruto tanpa pengetahuan Kakashi. Bagaimanapun, Kakashi kemudiannya memunculkan diri secara mengejut dan menonjolkan wajah yang bengis. Ketiga-tiga ninja Genin tersebut mengaku bahawa mereka merupakan satu kumpulan dan perlu bekerjasama. Mendengar apa yang dikatakan oleh mereka, perangai Kakashi pun mula berubah dan telah meluluskan mereka dalam ujian tersebut kerana mereka sudah memahami tujuan sebenar ujian tersebut dijalankan. Kakashi turut menyatakan mesej yang cuba disampaikan, bahawa: "Ninja mesti mematuhi peraturan dan janji mereka." Dia juga menambah dan menyatakan bahawa: "Di dalam dunia ninja, sesiapa yang tidak mematuhi peraturan dianggap sebagai orang yang tidak berguna, tetapi mereka meninggalkan rakan mereka adalah lebih teruk daripada orang yang tidak berguna."

Episod berkaitan

#Tajuk EpisodTerbitan di Jepun

1

Enter: Naruto Uzumaki!

3 October 2002

2

My Name is Konohamaru!

10 October 2002

3

Sasuke and Sakura: Friends or Foes?

17 October 2002

4

Pass or Fail: Survival Test

24 October 2002

5

You Failed! Kakashi's Final Decision

31 October 2002